Tuesday, November 6, 2012

tipS BAKAL PENGANTIN





Tips Persiapan Untuk Pengantin Baru






Kerja kahwin memang rumit. Banyak hati
yang perlu dijaga. Tidak dinafikan pengantin perempuan merencanakan
sebahagian besar persiapan majlis. Namun, tidak bermakna pengantin
lelaki boleh lepas tangan dan hanya angguk kepala pada setiap
keputusan..





PERLU



1) Patuhi Bajet


Bajet adalah perkara utama dalam
merancang perkahwinan. Jika kena gaya dan kreatif, yang murah pun boleh
nampak eksklusif dan mewah.



2) Komunikasi


Sentiasa berbincangan dengan pasangan.
Elak melakukan keputusan secara sendiri dan terburu-buru. Perkahwinan
adalah impian bersama.



3) Perancangan


Seeloknya mulakan segala persiapan
dalam tempoh enam bulan sebelum majlis. Ia tidak hanya memudahkan kerja
malah bakal pengantin dapat menikmati pakej promosi yang sering
ditawarkan kepada pelanggan. Jangan lakukan kerja di saat akhir.



4) Tinjauan


Kawal nafsu dan sentiasa berpandukan kepada bajet yang diperuntukan. Jangan rambang mata dan luaskan tinjauan.



5) Pengapit


Pemilihan calon pengapit harus
dititikberatkan. Jangan bersandarkan pada paras rupa sahaja. Pilihlah
pengapit yang ringan tulang dan boleh diharap supaya anda dan pasangan
tidak mengalami sebarang kesukaran.



6) Kawal Emosi


Darah manis memang banyak dugaan. Jika
salah seorang melakukan kesilapan, jangan lekas melatah. Fahami situasi
pasangan dan selesaikan secepat mungkin. Jadikan persiapan perkahwinan
sesuatu yang menyeronokkan sekali gus membantu kalian mengenal hati budi
dengan lebih mendalam.

Anggun Mempelai Butik - Memenuhi Citarasa & Bajet Anda. 012-3902581.

No comments:

Post a Comment